Tuesday, December 14, 2010

JANGAN PUTUS ASA

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Lawan Perasaan Putus Asa
 Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.


Thursday, November 18, 2010

SENTIASA UPGRADE DIRI........



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah


umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam


Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh


umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat


aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari


umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
  • saya suka sangat dengan lirik nasyid ni yang bertajuk menuju wawasan .....apabila kita dengar rase diri ini akan lebih bersemangat ....terutamanya bila nak study...kadang-kadang nafsu malas tu menguasai diri. 
  • sekarang ni..kita digelar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dalam erti kata lain pejuang agama Allah...mesti cemerlang dalam semua bidang....
  • jadikan doa tu sebagai wasilah atau senjata sebagai seorang mukmin...jangan buang masa dengan benda-benda yanag melalaikan...
  • kita sentiasa UPGRADE DIRI moga lebih berwawasan di dunia dan akhirat...yang paling penting apa yang kita lakukan dengan niat ikhlas dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
  • Doa sama-sama moga kejayaan milik kita bersama...untuk memperjuangkan agama Allah berdasarkan al-quran dan sunnah.....dan juga diri ini moga sentiasa istiqomah moga apa yang dibuat lebih baik dari sebelumya..ISLAHUN NAFSIK.......

Thursday, October 14, 2010

SATU AMANAH....

Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..


* saya suka mendengar senikata diatas dari hijjaz bertajuk " satu amanah "yang mempunyai maksud tersirat.... sebagai khalifah dimuka bumi ini seharusnya wala' dan taat kepada kepimpinan..jawatan sebagai pimpinan adalah sangat berat...jika tak melaksanakan mengikut tuntutan quran dan sunnah akan membawa keburukan pada persatuan serta organisasi yang berkaitan...paling utama tanggungan mereka akan di tanya di akhirat kelak.mereka perlu mujahadah dan istiqomah dalam pelbagai aspek..terutamanya  akan mengorbankan masa,wang ringgit,,keluarga dan macam-macam lagi...


* taklifan yang diberikan kepada mereka ini tidak semudah yang kita lihat...kadang-kadang kalau dah berada ditempat yang tinggi tak sedar apa yang dilakukan..ahli-ahli sendiri yang akan nampak sifat sebagai seorang pemimpin  serta ..di ibaratkan sebagai cermin pada diri....sama2lah kita bersatu hati dan bersama2 membantu pimpinan kita..takziah dan tahniah kepada ahli jawatankuasa tertinggi BKASM sesi 2010/11..semoga dapat menjalankan taklifan dengan sebaiknya...doa adalah wasilah kita untuk mendapatkan  ape yg kita inginkan.....



saya suka memetik kata2 dari imam al-ghazali...
"  setiap pengorbanan memrlukan ketabahan hati,setiap ketetapan Ilahi pastinya tersirat suatu kemanisan yang abadi.hidup didnia ini laksana menghrungi samudera luas yg sentiasa bergelombang,kesanggupan menempuh gelombang itulah dikatakn perjuangan hidup.pendinding kita ialah keimanan,pelindung kita ialah Allah,manakala doa merupakn senjatanya. "

Saturday, July 17, 2010

Monday, July 12, 2010

PROSMA 1V


        Projek sumbangan Amal Palestin (PROSMA  1V ) untuk sesi 2010 dibawah lajnah kebajikan dan kemanusiaan PMRAM...untuk mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh mahasiswa/wi yang berada di perlembahan Nil yang sudi menghulurkan sumbangan pakaian sahaja seperti baju ,seluar ,jubah ,lihaf ,aksesori wanita dan barangan  lain yang bernilai....
        
          Marilah kita sama-sama membuat amal dengan menghulurkan  bantuan  dan menyumbang apa  yang kita ada mengikut  kemampuan untuk Dana kebajikan PMRAM  dan Dana Apartmen PMRAM....segala apa yang kita sumbangkan walaupun ianya sedikit ikhlas kerana Allah S.W.T......akan mendapat ganjaran daripadanya yang paling  penting mesti datang dari hati yang suci......insyaAllah........

Sunday, July 11, 2010

PERSAHABATAN



kecintaan+kasih sayang+keikhlasan +kesetiaan +keberanian +kejujuran +kemaafan +kesedihan +kegembiraan +keserasian =ikatan persahabtan yang terjalin adalah ikhlas  kerana Allah S.W.T.......


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

*
KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita
curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

*
KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang
kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

*
KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap mereka kita
akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin
mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

*
KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan.
Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

*
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan,
bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

*
KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka,
ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

*
KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah
berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

*
KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya
manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. ia juga adalah satu ikatan di antara dua jiwa menghasilkan kasih sayang...sentiasa berkongsi masalah dan bertukar-tukar pendapat.....jadi,hargailah persahabatan yang telah terjalin dari zaman kecik2 hingga sekarang.......

Sunday, May 9, 2010

HARI YANG PASTI AKAN DATANG....


          Assalamualaikum...kalam pembuka bicara..sedar tak sedar ,hari demi hari setelah di hitung makin hampir pada peperiksaan.perasaan takut dan gementar mesti ada kat setiap pelajar... insyaAllah...time nak exam ni lah byk dugaan yang datang..skrg musim panas,masalah hati...ermm..no komen..jaga hati ngan kawan2 sekeliling...semua tu dugaan... masih ada lagi masa sebelum  masuk dalam dewan peperiksaan..selagi ada kudrat teruskan sehingga tercapai misi dan visi kita untuk mencapai apa yang kita inginkan...ingat!!! ape hadaf kita???Disamping itu.. selepas kita usaha  terus tawakkal kepada Allah s.w.t..Doakan kejayaan sahabat2 kita moga berjaya di dunia dan akhirat...salam imtihan wat kawan-kawan...buat yang terbaik dan dipermudahkan segalanya.... 

Bila dugaan datang baru kita tau dimana kemampuan diri.....
Bila dugaan datang baru kita tau sekuat mana iman
Bila dugaan datang baru kita tau ramai yang sayang
Bila dugaan datang baru kita tau siapa kawan siapa lawan..
Tapi yang pasti….hidup  perlu diteruskan…..
Walau apa jua cabaran dihadapan…
Yang  pasti itu tarbiyyah dari tuhan untuk dia menguji keimanan
Jangan sesekali kalah pada bisikan syaitan…sehingga putus asa dari rahmat tuhan…
Ingat…………..
Allah itu maha adil…
Ujiannya tak pernah diluar kemampuan kita…
Carilah apa yang tersembunyi di sebaliknya…
Moga kita menjadi hamba yang disayangi dan diredhai…..
Ameen…………..


Design E