Sunday, March 28, 2010

FUTUR

Kadangku merasa bimbang
Berada di dunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Di jalan dakwah panjang
Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana
Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih cUba membimbingku......



Tuesday, March 23, 2010

kuliah oh kuliah...

       Alhamdulillah....sekarang ni kuliah al-azhar di Mesir untuk sem 2 sudah pun bermula...sekarang ni dah di kategorikan rancak...mesti di wajibkan diri ini untuk hadir ke kuliah...sir a'la barakatillah....moga di berkati ilmu yang kita miliki di bumi Anbiya' ini....insyaallah.....
                                                      inilah kuliah kami....
walaupun nampak bersepah...tapi de keberkatannya...name pun negara arab..




" Ilmu hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia.barangsiapa takut akan hal ini, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista.."



kita belajar menuntut ilmu ini bukan untuk dunia sahaja....bahkan ia adalah untuk kemenangan islam...dan juga akhirat....ujian untuk kejayaan dan kegagalan itu adalah suatu tarbiyyah dalam diri....





Ya Allah berkatilah ilmu yang kami cari  selama ini....hanya padamu kami berserah..kejayaan dan kegagalan  kami adalah miliknya.....
      MEHNAH + SABAR +REDHA......=TAWAKKAL.....



Monday, March 15, 2010

ANALOGI RUMPUT DAN KASIH SAYANG



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :









Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 









Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 









Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 









Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 









Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. 









Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? 




Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan kdepan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. 









Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.





Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

SEBIRU HARI INI......


Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang benderang…
Sebiru hari kita
Bersama di sini
Seindahnya hari ini…
Indahnya bak permaidani taman syurga
Seindahnya hati kita
Walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi..
Pegang erat tangan tali kita
Terakhir kalinya…
Hapus air mata mesti kita kan terpisah
Selamat  jalan teman
Tetaplah kita berjuang…..
Semoga kita bertemu kembali….
Kenang masa indah kita….
SEBIRU HARI INI……

        Mari kita sama-sama menghayati lirik lagu di atas…saya amat suka mendengar lagu ini untuk meningkatkan semangat yang kadang-kadang jatuh dan naik dalam erti kata lain “FUTUR “… Dalam kita mencari ilmu samaada di  Malaysia atau di luar Negara  contoh tempat saya study sekarang di Mesir bumi anbiya’  penuh dengan mehnah yang  memerlukan kesabaran serta redha dari allah s.w.t… untuk mencapai kejayaan dunia akhirat …
        
       Beberapa orang teman  seperjuangan saya telah pun pulang ke Malaysia yang  baru sahaja menamatkan pengajian di bumi mesir. alhamdulillah…mabruk saya ucapkan kepada mereka.terutama kepada sahabatku  Huda dan yati tusiren dan kawan-kawan yang lain  semoga dapat meneruskan perjuangan di sana dan mempraktiskan apa yang mereka pelajari di sini….serta dapat  menyebarkan dakwah islamiah  kepada masyarakat di sana . ….
    


selamat berjuangh pada sahabat2 ku....



kenangan bersama rakan sebaya.....

HATI INI

Sepi malam di temani  bintang
Terik menanti di temani bayu siang
Tuhan yg esa menjadikan ciptaannya berpasang-pasangan,
Malam dan siang,
Sejuk dan panas,
Suka dan duka,
Namun …mengertilah hati ini…
Di mana ada  puncaknya..pasti ada surutnya..
Dimana ada tenangya..pasti adakalanya koncakkan nya..
Menggegarkan jiwa,
Namun hati..jangan sekali2 kau tunduk pd tuntutan nafsu itu..
Amarah mu itu..
Kerana rabb mu telah berpesan padamu,
Hatimu itu sentiasa berbolak balik,
Dan hatimu itu..hanyalah dipegang olehnya..
Maka janganlh  hati ini  digusarkan  oleh kata2 hati,
Yang acapkali bisikkan kata2 dusta dari musuhmu..
Janganlah hati ini..gundah gelana dgn masalah2 dunia mu itu..
Krn ingatlah hati ini..pada janji rabb mu..
Janji yang kekal abadi..janji yang haq..
Janji yg pasti..
Ingatlah….
La tahzan  innallahhamaa na
Janganlah bersedih..sesungguhnya allah bersama kita..
Yakinlah dgn  janji rabb  mu wahai hati..
Moga tabah hati..tak berbelah bagi..
Moga tenang hati..tambah kasih ilahi…